Dietetik: Mendepani EGOISME

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Ketika tangan ini menaip, aku masih ditempat kerja. Sambil menggoyangkan kaki, tangan ini menaip pantas tapi aku rasakan kepantasannya semakin kurang disebabkan faktor usia yang semakin meningkat. Susana diluar pejabat penuh kebingitan, kehangatan, riuh rendah. Aku membiarkan ia berlalu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling untuk memberi fokus kepada tulisanku ini. Secawan kopi penuh 'kaww' yang dibuat oleh pembantu pejabat disini menambah ketenangan dijiwa. Mudah-mudahan tulisan ini penuh pengajaran dan perkongsian. 


HARI BERGANTI HARI

Kini blog ini bukan lagi ditulis oleh seorang mahasiswa. Tapi seorang manusia. Pengalaman demi pengalaman telah dilalui hatta yang tidak dapat dicapai dek akal juga sudah ditempuhi. Sesungguhnya pengalaman itu yang membawa aku kesini dan menjadikan aku seperti hari ini. Tertarik dengan post seorang junior mengeluhkan perasaannya dilaman group FB membuatkan hati ini ingin berkongsi. 

"adkh senior2 prnh rse ape ktorg lalui skrg??"


Saja dibesarkan***




RATAPAN ANAK TIRI


Kisah pelajar diet dianak tirikan ini pernah aku ceritakan diposting-posting yang lepas. Adik-adik yang minat membaca search la balik kalau nak tengok apa yang telah diulas. Tapi kali ini perkongsian lebih kritis dan mengancam supaya colony diet ini tidak dipandang rendah oleh "mereka" malah sentiasa dipandang tinggi dan lebih menarik menjadi persaingan sihat antara kita dan "mereka". Sengaja tidak mahu menzahirkan siapakah :mereka" itu supaya hanya colony kita saja yang tau dan supaya tidak timbul controversi yang memaksa tulisan ini didelete seperti posting-posting sebelum ini ^^





KUASA DITANGAN KITA

Pandai atau kurang pandai tidaklah menjadi isu yang besar sehingga membuatkan kita terlalu inferiority complex. Siapa kata yang dapat diet ni x pandai. Ade je yang dapat 3.9 waktu di matrik. So what?masih rasa rendah lagi?

Bagi aku, isu yang patut dibincangkan adalah sejauh mana kita mengangkat diri sendiri ataupun diet lebih daripada mereka sehingga mereka tiada chance untuk merendahkan kita. Bukan maksudnya berlagak pandai macam tin kosong tetapi matang, bermanfaat untuk orang lain dan ada agenda hidup yang jelas.

SOLUSI

Malas nak tulis pengalaman panjang-panjang. Ekau tanyo senio korang la camno...Terus je kepada solusi.

1. Pelajar dietetik perlu pegang balik jawatan presiden didalam FASKES balik. Nak tau kenapa? kena inbox saya nanti ada yang terasa

2. Pelajar dietetik perlu buat program yang mereka x buat.  Kalau dapat buat Misi Komuniti 2 (MIKOM 2) di Pulau Perhentian lagi sekali korang memang hebat.

3. Pelajar dietetik perlu berdikari buat program sendiri. Tanya senior2 camna mereka pergi kedai ke kedai minta sponser. Kalau dapat buat tu tiada siapa akan pandang rendah kat korang.

4. Bawa geng-geng 'mereka' dalam setiap program besar kita.

5. Jawatankuasa DECSA perlu hafal objektif penubuhan kelab dan laksanakannya! 

6.

Fikir-fikirkanlah


-------------------------------------------------------------------------------------------

***Kalau tanya aku, adakah first batch 'mereka' pandang rendah kat kami...jawapannya...TIDAK




Sekian.














2 comments:

  1. setuju dengan jawapan sebelum sekian 2... at least first batch 'mereka' siap boleh jd kwn berkongsi pndpt, bertepuk tampar n respect us...

    ReplyDelete