Dietetik: Mendepani EGOISME

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Ketika tangan ini menaip, aku masih ditempat kerja. Sambil menggoyangkan kaki, tangan ini menaip pantas tapi aku rasakan kepantasannya semakin kurang disebabkan faktor usia yang semakin meningkat. Susana diluar pejabat penuh kebingitan, kehangatan, riuh rendah. Aku membiarkan ia berlalu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling untuk memberi fokus kepada tulisanku ini. Secawan kopi penuh 'kaww' yang dibuat oleh pembantu pejabat disini menambah ketenangan dijiwa. Mudah-mudahan tulisan ini penuh pengajaran dan perkongsian. 


HARI BERGANTI HARI

Kini blog ini bukan lagi ditulis oleh seorang mahasiswa. Tapi seorang manusia. Pengalaman demi pengalaman telah dilalui hatta yang tidak dapat dicapai dek akal juga sudah ditempuhi. Sesungguhnya pengalaman itu yang membawa aku kesini dan menjadikan aku seperti hari ini. Tertarik dengan post seorang junior mengeluhkan perasaannya dilaman group FB membuatkan hati ini ingin berkongsi. 

"adkh senior2 prnh rse ape ktorg lalui skrg??"


Saja dibesarkan***




RATAPAN ANAK TIRI


Kisah pelajar diet dianak tirikan ini pernah aku ceritakan diposting-posting yang lepas. Adik-adik yang minat membaca search la balik kalau nak tengok apa yang telah diulas. Tapi kali ini perkongsian lebih kritis dan mengancam supaya colony diet ini tidak dipandang rendah oleh "mereka" malah sentiasa dipandang tinggi dan lebih menarik menjadi persaingan sihat antara kita dan "mereka". Sengaja tidak mahu menzahirkan siapakah :mereka" itu supaya hanya colony kita saja yang tau dan supaya tidak timbul controversi yang memaksa tulisan ini didelete seperti posting-posting sebelum ini ^^





KUASA DITANGAN KITA

Pandai atau kurang pandai tidaklah menjadi isu yang besar sehingga membuatkan kita terlalu inferiority complex. Siapa kata yang dapat diet ni x pandai. Ade je yang dapat 3.9 waktu di matrik. So what?masih rasa rendah lagi?

Bagi aku, isu yang patut dibincangkan adalah sejauh mana kita mengangkat diri sendiri ataupun diet lebih daripada mereka sehingga mereka tiada chance untuk merendahkan kita. Bukan maksudnya berlagak pandai macam tin kosong tetapi matang, bermanfaat untuk orang lain dan ada agenda hidup yang jelas.

SOLUSI

Malas nak tulis pengalaman panjang-panjang. Ekau tanyo senio korang la camno...Terus je kepada solusi.

1. Pelajar dietetik perlu pegang balik jawatan presiden didalam FASKES balik. Nak tau kenapa? kena inbox saya nanti ada yang terasa

2. Pelajar dietetik perlu buat program yang mereka x buat.  Kalau dapat buat Misi Komuniti 2 (MIKOM 2) di Pulau Perhentian lagi sekali korang memang hebat.

3. Pelajar dietetik perlu berdikari buat program sendiri. Tanya senior2 camna mereka pergi kedai ke kedai minta sponser. Kalau dapat buat tu tiada siapa akan pandang rendah kat korang.

4. Bawa geng-geng 'mereka' dalam setiap program besar kita.

5. Jawatankuasa DECSA perlu hafal objektif penubuhan kelab dan laksanakannya! 

6.

Fikir-fikirkanlah


-------------------------------------------------------------------------------------------

***Kalau tanya aku, adakah first batch 'mereka' pandang rendah kat kami...jawapannya...TIDAK




Sekian.














Dietetik: Antara Ego dan Hormat

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Sebelum kalam menjadi lebih panjang, ingin aku mengajak saudara saudari pembaca untuk sentiasa dan mesti hormati ibu bapa mu yang telah membesarkan mu dengan penuh susah dan payah. Kemudian hormatilah guru-guru mu yang telah mengajar mu dari kecil hingga dewasa, secara langsung mahupun tidak langsung, sesungguhnya mereka telah menyumbang banyak dalam hidupmu sehingga kamu menjadi insan seperti hari ini. Hormati jugalah adik beradik, sahabat handai, orang tua mahupun muda, kaya mahupun miskin, hodoh mahupun kacak, lelaki mahupun perempuan dan sesiapa dan apa sahaja yang berada disekelilingmu. Semoga kamu memperoleh rahmat.


Ketika ini mentari menyinarkan cahayanya diseluruh pelusuk alam, angin seperti biasa. Sepoi-sepoi bahasa. Kereta dan motor bergilir-gilir malalui halaman rumahku ini, kucing dan ayam berjalan serta berkeliaran mencari sesuap dan secubit makanan. Kais pagi dapatlah breakfast kalau dikaisnya waktu petang maka jadilah afternoon tea. Beginilah rutin harian mereka yang sentiasa bekerja. Aku? aku masih seperti dulu, duduk dibalik pintu, melihat suasana indah permai kampung halaman tempat yang penuh nostalgia cinta monyet dan beruk mak yeh, sambil tangan pantas menaip laju huruf-huruf yang diajar tatkala menginjak usia 3 tahun dulu. Suara kipas menyerikan suasana, ianya terus berpusing tanpa kita perlu meniupnya. Waktu berbuka bagi kawasan kampung halamanku ini jam 7.24petang. Masih lama untuk berbuka, tapi bau sup tom yam didapur itu kadang-kadang menggugah kejantanan dan kepewiraan diriku ini.


mereka seperti adik beradik


Ok, selesai mukaddimah. Maklumlah lama tidak menulis ^^



Emmmm, macam mana nak mula ni. Antara ego dan hormat. Tiba-tiba rasa tersangat panjang untuk ditulis. So apa kata kita muhasabah sendiri sebelum tidur or maybe this picture can explain what it is~







Semoga bermanfaat~




Dietetik: Antara Hipokrit dan Tugas | SIRI 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Setelah sekian lama, akhirnya blog ini dapat menghirup nafas segar. Hampir 3 bulan menyebunyikan suara dari berkata-kata, menyembunyikan telinga dari mendengar, menyembunyikan air mata dari terus mengalir. Hari ini aku muncul. Ya muncul dengan tajuk yang penuh penantian, ketakutan, kegelisahan, kegerunan dan provokasi yang penuh denga kerakusan.




Sudah sediakah anda?




Gerun tak dengan singa ni?






erk..xde kena mengena. Sekadar ingin memohon maaf dari dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada terkasar bahasa, tersilap kata. Hargailah mereka seagi mereka masih ada. 



No IDEA

Like facebook: i-DIET




SEKIAN







Dietetik: Antara Hipokrit dan Tugas

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Assalamualaikum pembuka bicara adik-adik, akak-akak, abang-abang dan juga dietitian-dietitian sekalian. Sengaja meletakkan tajuk yang penuh denga kontroversi dan juga provokasi. Bukan sekadar intonasi kosong tetapi ianya akan menjadi saksi nanti.

Hari ini masih sibuk menguruskan Cafe Cinta. Nanti akan bersambung....




Sekian


Cari Pengalaman sampai menitis Air Mata

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Hati memberontak untuk menulis. Entah apa yang hendak ditulis masih belum diketahui. Hampir satu sem jari-jari mulus dan tulus ini mendiamkan diri, menyorok dan menyepi dari menulis, membiarkan ianya berlalu menjadi kenangan kosong yang akhirnya hilang bersama angin lalu. Bukan malas tapi masa amat-amat mencemburui. My housemate memahami. Susuh nak jumpa muka ni sebelum jam 12 malam kan? Macam Mr. Cinderella la pula.

Disini kita bermula

Mengintip dibalik tirai 2012, 2011, 2010, 2009 melihatkan pelbagai perkara, benda, pengalaman, suka, suki, duka, duki, LUKA, cuka, geram, geli & airmata. Ianya silih berganti, bercampur baur sehingga menjadi asam & garam kepada kami. Ya kami...first batch of Dietetic in UniSZA.

Tidak mahu mengulas pengalaman yang sudah diceritakan pada post yang lepas, cukuplah post ini memberi inspirasi kepada adik-adik untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar dietetik yang cemerlang.

Perjalan ini SINGKAT

Teringat  sewaktu berceloteh dengan teman-teman dikala waktu susah tidak kira lah berkenaan pelajaran, kuiz mahupun kehidupan 2-3 tahun lepas. Semua tidak sabar nak menghabiskan zaman belajar ini secepat mungkin. Tidak mahu exam, kuiz, & kuliah lagi.Cukup sampai disini saja.

Masa berlalu dengan pantas. Apa yang dikatakan 2-3 tahun hampir tercapai. Tinggal lagi kurang lebih 4 bulan sahaja untuk bergelar Dietitian. Namun, ianya tidak lah seperti yang disangka 2-3 tahun lalu. Alam pekerjaan tidaklah semudah kata-kata. Cukuplah praktikal hampir 10 bulan mengajar kita erti kesabaran. Cukuplah 10  bulan ini mengajar kita erti kecekalan. Ya! hanya 10 bulan ini.

Nak tahu x bagaimana nak survive 10 bulan praktikal ini. 'Mudah' saja. Tanya senior anda nanti ^^


 Persiapan bermula

Menjadi 1st Batch bagi dietetik disini, seriously perit. Zero...Nothing...Kita tidak tahu apa yang mereka mahukan. Kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk memuaskan hati mereka. Apa yang tahu, lapang dada, sediakan telinga!

Kadang-kadang kami terasa. Tanpa penerangan yang jelas, kami dilabel itu dan ini. Depan-depan mahupun belakang-belakang pelbagai cerita yang kami dengar. Entah apa yang dibuat sampai dikata sedemikian rupa. Tapi biarlah ia berlalu bersama air mata. Bila kami dah keluar  mungkin suasananya dah berbeza. Semoga adik-adik dapat merasa kehidupan yang lebih selesa selepas ini.


Berusahalah

Tiada kata-kata lain untuk diberikan kepada adik-adik melainkan Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal untuk berjaya dalam bidang ini. Berusahalah memperbaiki diri menjadi yang terbaik. Percayalah, untuk berjaya dalam bidang ini kita tidak boleh hanya duduk bilik baca buku, tidak mengiraukan ribut petir diluar sana. Tidak boleh hanya duduk depan laptop kononnya baca slide kuliah ataupun berfacebook. Tidak boleh hanya lihat running man dan hana yori dango.

Keluarlah....carilah teman....berkenalan dengan ramai orang....bercakaplah dengan semua orang...bermesra dengan mereka...kerugian yang besar apabila kita keluar universiti kita hanya kenal geng-geng kita sahaja.

itulah kehidupan~


HSNZ kami datang 

Praktikal ini akan memberikan 1001 pengalaman. Anda akan laluinya tapi tidak seperti apa yang telah kami lalui. 






SEKIAN 

  

Menanti hari bergelar DIETITIAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



4 years is short...
waiting for the day... 
To become a Dietitian


...InsyaAllah...


...dulu-dulu, cita-cita saya nak jadi pelangi...
 &
ianya sudah tercapai...

Thank you Allah 







SEKIAN




Dietetik: Berakit-rakit dahulu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Ketika ini hujan jatuh menitik-nitik membasahi bumi terengganu. Suasana sangat suram. Tiada yang berkokok, mengembek, dan mengaummm...Mengimbau kembali kenangan ketika mula-mula mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Dietetik. Perasaan saling bercampur baur, takut, sedih, gundah gulana sangat sebati ketika itu. 

Seminar pemakanan

Selepas 3 tahun

3 tahun bukanlah waktu yang lama. Setiap masa yang ada perlu diisi tidak kira walau dimana sahaja kita berada. Menjadi pelajar dietetik dan merupakan first batch! berdikari adalah suatu kemestian. Tiada senior, tiada super senior apatah lagi super duper senior. Slide, nota, buku, journal dan bahan rujukan semuanya baru. Namun itu bukanlah alasan untuk kami jadi lesu dan tidak bermaya dan takut menghadapi kenyataan. Dengan pelbagai dugaan dan cabaran, saya rasa berpuas hati dengan prestasi yang kami perolehi. Bukanlah bermaksud berbangga diri tapi mahu adik-adik yang menyambung pelajaran dalam bidang ini lebih semangat.

Konvoi raya


Anak tiri

Satu perkara yang menarik menjadi pelajar dietetik disini adalah di anak tirikan. Bukanlah bermaksud mempertikaikan keputusan yang diberi cuma mungkin perlu memikirkan yang kami juga seorang pelajar dan mempunyai hak untuk dapat apa yang pelajar lain dapat. 

Konvoi ibu angkat

Minta sponser ke minta sedekah?

Terlalu banyak pengalaman sudah kami tempuh dalam perjalanan ini. Namun itu semuanya menjadi kenangan terindah untuk kami walaupun pada awalnya ianya sangat pahit. Mengingat kembali tugasan yang diberikan sewaktu community attachment di pusat latihan dalam komuniti (PDK), semua perkara perlu dilaksanakan sendiri dan cari sendiri! Tiada masalah untuk melaksanakan program but not without money. Saya kira setiap pelajar sudah ada peruntukan sendiri lagi-lagi jika melakukan aktiviti dibawah nama fakulti mahupun universiti. Namun tidak pada kami! Saya rasa tidak ada yang sanggup berjalan kaki pergi kedai-ke kedai dengan berbekalkan kertas kerja program untuk minta "sponser". Namun itulah yang terpaksa dilalui oleh kami namun pulangannya lumayan. 

ehemmm...memetik bunga ditaman larangan



Gembira atau terpaksa

Kembali kepada tajuk diatas, kehidupan sebagai pelajar dietetik ini secara jujurnya sangat bermakna. Setiap kesusahan yang dihadapi itu adalah kenangan malah pengalaman yang tidak akan pernah dirasa oleh mereka yang hidup selesa. Jadi pesanan untuk adik-adikku, biar pilihan keberapapun kita meletak khusus ini sewaktu mengisi borang UPU, kamu sudah mendapatkannya. Ikhlaskan diri untuk mencintainya. Bagi saya pilihan ini adalah pilihan terbaik yang pernah dibuat dalam hidup ini dan sesungguhnya perancangan Allah sangatlah sempurna untuk diri kita. 

Visit HKL



DECSA: Serlahkan peranan anda

Cita-cita untuk mewujudkan persatuan sendiri sudah lama tertanam didalam diri kami, super duper senior, sewaktu semester 1 lagi. Namun itu tidak berlaku disebabkan bilangan ahli masih tidak mencukupi. Alhamdulillah, selepas hampir 2 tahun baru dapat merealisasikan impian itu. Jadi peranan yang sangat besar perlu dipikul oleh mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan ahlinya. Zaman kami sudah berlalu. Apa yang mampu diberikan mungkin sedikit tunjuk ajar berdasarkan pengalaman. DECSA memainkan peranan yang sangat besar dalam melahirkan pelajar dietetik yang berkualiti. Laksanakanlah program-program yang membina jati diri belia islam dalam diri pelajar dietetik ini. Jangan biarkan diri kita disoal tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan nanti. Sesungguhnya tanggungjawab sebagai pemimpin itu sangatlah berat. Doaku agar semua dapat melaksanakannya.


Master chef?

Harapan

Kini kami sudah memasuki fasa praktikal. Mempraktikkan segala ilmu yang diajar. Semoga semua dapat melalui fasa ini dengan jayanya. Doakan kami berjaya dengan cemerlang ^^







Bunga-bunga dikelilingi kumbang ^^









SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN





Sekian